fbpx
3R: Reduce, Reuse, Recycle

Kenapa Kita Perlu 3R?

Kongsi di Sosial Media

Dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikut.

Amalkan 3R dengan Reduce, Reuse & Recycle

Kredit Foto: Majlis Daerah Penampang

REDUCE – PENGURANGAN

  • Hanya beli apa yang diperlukan:
    Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  • Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  • Beli pencuci serbaguna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  • Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  • Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan.
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  • Beli produk tidak bertoksik. Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap,cat dan racun serangga tidak boleh di guna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  • Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik. Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

REUSE – GUNA SEMULA

  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  • Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama.
  • Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  • Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  • Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

RECYCLE – KITAR SEMULA

1.  Kitar semula di rumah

  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, logam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula

2. Mengitar semula di laman anda:

  • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
  • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

3. Mengitar semula

  • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
  • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua- duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
  • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktivi untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

Perlukan tong sampah untuk mulakan 3R?

Lawati ke laman Produk kami untuk dapatkan maklumat tentang pelbagai jenis tong sampah dan kegunaannya.


Kongsi di Sosial Media