Tong sampah terdapat banyak kegunaannya selain daripada kebiasaanya digunakan untuk menyimpan sisa-sisa sampah dan lain-lain jenis sisa kitar semula, tetapi tak disangka pula dalam video viral yang dilihat oleh berjuta-juta orang, seorang lelaki Florida cuba untuk memerangkap seekor buaya liar dengan menggunakan tong sampah.
Video yang berdurasi 1 minit 7 saat itu menunjukkan Eugene Bozzi yang berusia 26 tahun, seorang diri cuba untuk menangkap seekor buaya liar yang tersesat di kawasan perumahannya, secara berhati-hati dengan hanya menggunakan tong sampah bersaiz besar.
Di dalam video tersebut, buaya itu kelihatan perlahan-lahan mundur sementara Bozzi didengari berkata, “Beritahu saya bila kepalanya sudah masuk ke dalam.”
Bozzi kemudian menutup penutupnya, mengejutkan buaya tersebut lalu menyebabkannya panik dan terus menuju masuk ke dalam tong sampah yang dipegang oleh Bozzi.
Tangkapan tersebut diiringi dengan tepukan dan sorakan daripada jiran dan kanak-kanak yang memerhatikan kejadian itu. Bozzi kemudian membawa buaya tersebut ke badan air yang berdekatan dan melepaskannya kembali ke alam liar.
Menjelang pada hari Khamis semalam, video tersebut telah mencapai sehingga 11.5 juta tontonan di Twitter.
- 10 tempat pembuangan sampah terbesar di dunia
- Bukan untuk sampah sahaja, nak sumbat buaya pun boleh
- Kenapa Kita Perlu 3R?
- Tong sampah pintar boleh kenal wajah penduduk di Beijing?
- Kegiatan buang sampah haram semakin menjadi-jadi

Menurut daripada USA Today, dia dapat tahu tentang buaya tersebut daripada anak-anaknya, tetapi menganggapnya hanyalah seekor anak buaya yang kecil.
Namun, sebaik sahaja dia melihat betapa besarnya buaya tersebut, ketika itulah dia terus mengambil tong sampah untuk menangkapnya, memandangkan anak-anaknya, serta anak-anak kejiranan lain, bermain di luar rumahnya di Mount Dora, Florida, kira-kira 32 kilometer di barat laut Orlando.
Veteran tentera A.S. yang berusia 26 tahun itu berkata, “Tidak, saya membuangnya kerana dia mungkin lapar,”. “Satu-satunya perkara yang terlintas di fikiran saya adalah melindungi anak-anak saya dan anak-anak lain di luar.”
Dia mengatakan bahawa ada seorang ibu yang bersungguh mengucapkan terima kasih kepadanya atas usahanya itu. Orang-orang di Twitter juga turut merasakan hal yang sama tentang keadaan itu, kerana mereka menyedari betapa buruknya situasi itu sekiranya berlaku pada mereka.
- Kenapa Kita Perlu 3R?
- Tong sampah pintar boleh kenal wajah penduduk di Beijing?
- Bukan untuk sampah sahaja, nak sumbat buaya pun boleh
- 10 tempat pembuangan sampah terbesar di dunia
- Kegiatan buang sampah haram semakin menjadi-jadi
Kredit Video: YouTube KAGSTV, Roy Bonilla
Berlainan pula respon tweet daripada Florida Fish and Wildlife Conservation Commission terhadap video yang viral tesebut, di mana mereka respon di twitter: “Bimbang tentang buaya? Jangan ambil tong sampah, hubungi talian hotline kami di 866-FWC-GATOR (866-392-4286) & kami dapat menghantar perangkap buaya NYATA. Http://ow.ly/2vIJ50GiZu6 #WorkWithUsHere”.
Tweet itu merangkumi pautan ke program ‘FWC’s statewide nuisance alligator program’ atau SNAP. Program ini bertujuan untuk menangani ancaman buaya di kawasan maju seperti kawasan kejiranan atau perniagaan, di samping melindungi haiwan tersebut di habitat semula jadi mereka.
Concerned about an alligator? Don’t grab a garbage can, call our hotline at 866-FWC-GATOR (866-392-4286) & we can dispatch a REAL alligator trapper. https://t.co/lTzsDHl6Bq #WorkWithUsHere pic.twitter.com/fZVJ8I6J5a
— MyFWC (@MyFWC) September 29, 2021
Mahukan tong sampah yang bersaiz besar?
Jangan risau! Kami boleh bantu anda. Lawati ke halaman Produk kami untuk dapatkan maklumat tentang pelbagai jenis tong sampah dan kegunaannya.