fbpx
Penggunaan Sistem Pengecaman Wajah pada Tong Sampah di Beijing

Tong sampah pintar boleh kenal wajah penduduk di Beijing?

Kongsi di Sosial Media

Apabila menyebut tentang kemajuan teknologi yang pesat, tidak lain tidak bukan, pasti negara China merupakan salah satu negara yang terlintas di fikiran kita. Tong Sampah Pintar.

China yang telah menerapkan penggunaan sistem pengecaman wajah dalam kaedah pengenalan, di mana ia agak kontroversial namun sangat efisien, kini telah meluas hingga ke tong sampah dan perumahan awam.

Kamera pengecam wajah dan sistem pengimbasan kod QR telah dipasang pada tong sampah pintar di kompleks flat di daerah Xicheng, Beijing, di mana penduduk harus mengimbas wajah mereka sebelum membuang sampah mengikut kategori yang berbeza. 

Penutup tong sampah akan terbuka secara automatik apabila peranti tersebut mengenali wajah penduduk dan sampah yang dikitar semula akan ditimbang. Tetapi sebelum itu, mereka perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui WeChat.

Tambahan pula, plastik sampah yang disediakan diserta sekali dengan kod QR untuk memudahkan kakitangan pengurusan bangunan untuk mengetahui sama ada jenis sampah yang dikitar semula telah dimasukkan di dalam tong yang betul. 

Plastik berkod itu sangat mudah didapati dan dijual di mesin layan diri berhampiran tong sampah pintar ini.

Ia sebenarnya bertujuan untuk memudahkan pengaturan dan penyusunan sampah-sampah penduduk di samping melihat tingkah laku masyarakat terhadap kitar semula.

Interaksi penduduk dan tong sampah pintar di salah satu kawasan di daerah Xicheng
Interaksi penduduk dan tong sampah pintar di salah satu kawasan di daerah Xicheng.

Kredit foto: CGTN

Menurut sumber daripada Beijing Youth Daily, sebanyak 29 set tong sampah pintar berteknologi tinggi ini telah diletakkan pada 16 tempat berbeza di sebuah komuniti di daerah Xicheng.

Jenis sampah yang diterima dibahagikan kepada 7 kategori iaitu kertas, plastik, logam, tekstil, sampah dapur, dan sampah lain.

Penduduk yang tidak berdaftar juga dapat membuka tong sampah pintar ini dengan butang tetapi hanya yang berdaftar sahaja yang dapat menerima manfaat daripada sistem ganjaran dengan menerima “kredit” bagi tingkah laku kitar semula mereka yang bagus.

Setelah sisa sampah ditimbang, kredit ganjaran yang sesuai diberikan. Ganjaran yang diterima boleh ditebus dan merangkumi makanan dan produk isi rumah seperti tuala kertas, garam dan telur.

Mereka yang gagal menyusun sampah mereka mengikut kategori akan dikenal pasti, namun tidak jelas apakah hukuman atau tindakan yang dikenakan.

 

Kredit Video: YouTube South China Morning Post

Mahukan persekitaran yang bersih dan selesa?

Mulakan dengan pemilihan tong sampah yang betul dan sesuai. Lawati ke halaman Produk kami untuk dapatkan maklumat tentang pelbagai jenis tong sampah dan kegunaannya.


Kongsi di Sosial Media