Perihal Syarikat

Rotocraft Technologies (M) Sdn Bhd (RTM), sebuah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) yang terlibat dalam pengilangan dan pengedaran produk dan peralatan kebersihan yang berkaitan dengan alam sekitar, ditubuhkan dalam tahun 1996.
Secara khususnya syarikat kami mengeluarkan produk-produk dengan aplikasi teknologi “rotomoulding” dan material asas HPDE, sebagaimana teknologi yang di gunakan di negara maju. Untuk menambahkan bilangan produk yang berkaitan, syarikat kami adalah “reseller” kepada pengeluar/pengilang utama di dunia.
Syarikat kami senantiasa peka dan terlibat dalam semua program kebersihan dan kitar semula yang di anjurkan oleh Kerajaan dan swasta. Namun berikutan tercetusnya wabak pandemik Covid19, kegiatan syarikat kami agak terhad setelah Kerajaan meningkat usaha memutuskan rantaian penularan virus Covid19 dengan mewujudkan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) bermula dari Mac 2020 hingga kini.
Namun demikian syarikat kami kini telah mengatur strategi pemulihan perniagaan supaya kita kekal relevan dan dapat menyumbang kepada negara bersih dan nyaman.
Kami amat mengalu-alukan sokongan berterusan semua pihak, baik dari pihak Kerajaan dan swasta, sebagaimana yang telah terjalin selama ini dalam usaha kita mencapai negara maju.
Rotocraft Technologies (M) Sdn Bhd komited untuk memberi “nilai” kepada semua “stakeholders” dalam apa juga lapangan dan kegiatan kita. Kami senantiasa berpegang kepada iltizam dan motto “INNOVATION & CREATIVITY FOR GROWTH”.